Popular Posts

Popular Posts

Monday, January 24, 2011

Beralih Angin part 1..

Aku kembali lagi ke bilik sewaku lewat petang semalam...lega ada jugak rasanya...tapi bila dah sampai ke bilik sewa tu, teringat la pulak, ada kerja yang harus aku lakukan malam tu...Aku kena kemaskan bilik sewa yang lagi satu, tempat yang bakal aku dan suami berpindah...(bertukar bilik je sebenarnya..). Tapi tugas tu aku kena buat jugak malam tadi, sebab aura bilik sewa lama tu tak 'ngam' dengan suami aku...ah, entahlah..Dunia ni macam2..
(menyimpang sikit dari topik asal)..

-small;">suami aku tu dah beberapa tahun ni sakit..agak2 dalam 2 3 tahun jugaklah dia menderita sakit dalaman dan luaran tu..Agak lama jugak dia menderita sakit tu, dah puas berubat, kena tahan di hospital pun dah, doktor syak dia kena TB, dah bermacam2 test diorang buat,blood test, TB test, sampaikan HIV test pun ada..tapi keputusannya NEGATIF..baru-baru ni aku bawak dia g jumpa tabib cina, ubat yang tabib tu bagi untuk makan 3hari berturut2-pagi,tengahari,malam..RM63..Tapi dia masih jugak macam tu..Cuma sewaktu aku dan dia bermalam di rumah bos aku selama seminggu, tak pulak dia meragam macam sewaktu dia di bilik sewa, rumah kampungnya dan rumah mak bapak aku-biasanya seram sejuk sampai ke tulang,bergegar tubuhnya tak tertahan lagi..Waktu di rumah bos aku tu, dia ade rasa sejuk2, tapi sejuk yang biasa..Waktu dia hantar aku g kerja, pernah 2kali dia singgah ke bilik sewaku, dia terus rasa seram sejuk serta merta..Terdetik jugak kat dalam benakku,agaknya ada pakaianku atau pakaiannya yang terkena 'calit'(seumpama minyak kerana orang dengki pada kita)..Beberapa tahun sebelum tu, mak aku sakit teruk jugak,sampai tak tertahan nyawanya, panas sentiasa, dalam rumah tak dapat nak bertutup pintu rumah, rimas rasanya,memang tak tentu duduk lah mak aku sepanjang tempoh tu..Kami bawak berubat ke sana ke mari, dengan bomoh,dukun,hospital..beberapa dukun yang kami bawak mak berubat tu cakap ada 'benda' yang ditanam orang depan rumah(manusia dengki)..Dah puas berubat dengan dukun Melayu, kami cuba bawak dia g jumpa dukun Bidayuh, atok sedara mak kat kampung...Dua tiga kali jugak la atok tu(pangkat moyang aku le tu) 'menenung' apa sakit mak aku, pastu baru dia tau..lepas tu dia bagi mandi mak aku...mak aku cakap, waktu dia jirus mak aku tu, mak aku terasa macam ada benda mengalir dari atas kepala terus ke bawah,mungkin ilmu tak elok yang orang letak kat mak aku kot...Sekali tu aje kami bawak mak aku berubat ngan moyang aku tu, lepas tu, mak aku terus sembuh sampai sekarang..Tapi sayangnya, moyang aku tu dah meninggal..Lepas mak aku tu sembuh, aku pulak yang terkena sakit panas seluruh badan..macam cacing kepanasan, kepala berat semacam...Tapi aku cepat2 berubat dengan pakcik yang pandai mengubat orang, dua tiga hari lepas tu, aku sembuh, dan sampai sekarang, Alhamdulillah, kesihatan aku tak le mudah jatuh sakit, dan dalam tempoh beberapa tahun, cuma awal tahun 2011 ni saja aku jatuh sakit teruk, demam panas, pastu sakit tekak yang agak teruk jugaklah...
Pasal suami aku tu, dia ni susah jugak aku nak bawak berubat, sebab dia tak bagitau macam mana sakit dia yang sebenarnya,macam mana naksembuh..Pak Anjang dia sendiri pun pandai mengubat orang jugak, tapi tak lekat kat dia..Bila dah teruk macam ni baru lah suami aku cakap dia akan cakap macam mana rasa sakit dia yang sebenarnya, kalau dia berubat lagi dengan Pak Anjangnya tu..Mak aku ada cakap kat aku dua tiga hari lepas, nak bawak suami aku tu g berubat di kampungnya, ada lagi orang tua yang boleh mengubat macam tu...Aku pun terfikir2 nak bawak hujung minggu ni, harap2 lah kali ini ok..Kalau tak, alamatnya ke hospitallah arah tuju suami aku tu nanti..Kalau dah g hospital, memang sure kena tahan di wad lagi, lepas tu, memang kena bedah lagi..Hmm...aku sebenarnya tak suka lah part2 suami aku kena bedah..Kalau aku sendiri takpe, macam dulu sewaktu melahirkan baby aku tu, aku Caesarean, sebab baby duduk dalam perut, walaupun sebenarnya tempoh untuk melahirkan tu lagi ada dua minggu lagi due date..Tapi aku macam okey je...sebab aku tahu pembedahan Caesarean tu tak le bahaya, lagipun aku half body bius je, dpt aku tengok dan mendengar macam mana doktor2 tu kerjakan perut aku waktu tu..bernafas pun guna oksigen tube...
(sambung lagi cerita bilik sewa aku yang baru..)Malam tadi aku sendiri dan suami aku sendiri kira nyenyak jugak la tidur..Walaupun batuk2 kecil suami aku tu sedikit mengganggu tidurnya, tetapi aku lega kerana dia tak menggigil kesejukan macam selalu, walaupun bilik sewa kami yang baru tu kira sejuk jugaklah kerana tingkap agak besar...
Tapi aku kena tengoklah dalam dua tiga hari ni, kalau dia ok, maknanya tiada kaitan dengan baju yang terkena calit orang, mungkin memang dia sakit dari segi medical..Tapi kalau dia sakit lagi, rasanya memang sahlah ada antara satu baju yang ada terkena..

p/s : bersambung....

Sunday, January 23, 2011

Peraduan ratus ribu ringgit dari READERS DIGEST

Minggu lepas aku dapat satu sampul surat daripada Readers Digest menyatakan yang aku tersenarai dalam calon2 peraduan diorang ni..Aku tgu jelah surat yang dijanjikan diorang tu...Seminggu lepas tu, memang betul datang lagi satu surat dari diorang yang menyatakan bende yang sama...Kat dalam surat tu kata tunggu satu sampul kuning dari diorang yang ade bagi sampel kunci keta dan cek rasanye, macam yang aku baca dalam facebook Readers Digest Asia, yang mana banyak jugaklah orang lain yang menerima benda yang sama...Aku ada terbaca komen dari sorang lelaki ni, Muhammad Solehuddin namanya, yang postkan satu link http://www.mesra.net/, aku pun enter la..Tengok2 ada forum pasal isu Readers Digest ni..ada komentar2 yang mengatakan RD(ringkasan Readers Digest) ni memang penipu. Ada yang cakap tu strategi diorang supaya orang beli produk2 diorang, melanggan buku dan macam2 la(aku setuju ngan komen yang satu ni, tapi cara diorang(RD) tu salah jugak..sebab tak sepatutnya diorang buat benda2 fake camtu..kan dah kena sumpah seranah orang...) Tapi menyesal gak la dalam hati aku ni, sebab kalau betul la, ada peraduan camtu, kan ke untung..Sambung lagi pasal surat dari RD yang aku terima tu, dalam surat tu ada la diorang bagi nama pemenang...Tapi yang aku heran, apasal diorang tak sertakan nombor telefon ke, no. ic ke, alamat ke, pemenang2 yang dinyatakan dalam surat tu..Sekurang-kurangnya dapat le kitorang yang tak percaya ni kol orang2 yang menang tu dan tanya betul ke peraduan tu...ni, tak...nama je,kan banyak yang tak percaya(termasuk aku la...). Aku baca gak dalam forum tu, ada satu mamat  yang hantarkan.. aku "copy and paste"kan kat sini untuk korang tengok ek...
 Hurrmm... bagi aku RD tak menipu.. segala detail of campaign dia adalah benar... as yang diaorang bgtau winners list akan kuar The Star.. biasanya 11-25 Jan gtu.. every year memang ada.. aku perasan bende tu.. RD dah lama wat contest nie.. bukti lagi.. sedara aku menang.. RM5k.. walaupun tak grand prize.. tp still menang and nama dia terpapar kat web and paper the star? so takkan tipu kot...~ smile.gif nie nama sedara aku tu FARDZIAH BT AB GHANI... g cek la.. cuma kite jela lum rezeki lagi nak menang.. tuah org kita taktau..

1 lagi.. contest nie berdasarkan pada jawapan yang betul... JAWAPAN YANG BETUL.. ape yang BETUL??? JAWAPAN PD SOALAN RD BAGI LA... korang pernah terima paper contest mereka? baca contest rules RD dulu before tuduh tak tentu arah...
http://www.readersdigest.com.my/rd/rdhtml/...st/st_rule1.jsp

"Entry is by invitation only" - nyata2 RD dah bgtau just utk jemputan sahaja.. maknanya jika korang dapat letter dr diaorg means korang adalah jemputan la.. so tkkn la duit nak datang bergolek tanpa usahakan.. dah tentu la korang kena buy sumtink nak kukuhkan nama korang dalam list tu.. its marketing beb.. marketing.. kena paham tipu dan marketing..

'All entries will be examined by an impartial panel of judges. Winners will be judged based on the correct answers." - see.. korang faham? ape yang nak di correctkan? pastila ada sumtink yang korang kene jawab dan hantar.. kalau korang kata TAKDE... sah.. korang tak beli ape yang d tawarkan dlm katalog mereka sertakan..


Aiseh...ni yang buat aku tak keruan ni...nak percaya ke tak...Korang percaya tak?

p/s : akan bersambung lagi...

Wednesday, January 19, 2011

Erti Hidup

Kita sering mendengar, "redhalah pada Qada' dan Qadar Nya"...memang benar, dalam segala apa yang kita lakukan dan usahakan, langkah seterusnya adalah redha pada ketentuan Allah Yang Maha Esa...Tapi pada pemikiran logik, kita memang harus redha kepadaNya setelah BERUSAHA, bukannya hanya berserah sahaja dan duduk menunggu tanpa berusaha apa-apa...Ini sering terjadi pada masyarakat sekarang ni...Bukan nak memalukan atau mengaibkan sesiapa, tapi kita tengok secara menyeluruh...
Terutamanya pada ahli-ahli Tabligh, yang mengamalkan pegangan teguh pada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W., yang selalu kita tengok akan melawati dan menginap di surau-surau kampung2 dan bersama2 mengajak penduduk kampung untuk mengerjakan ibadah solat... Tapi, tidakkah ahli-ahli Tabligh ini sedar bahawa di sebalik niat murni mereka tersebut, ada suara2 di belakang yang mencemuh mereka...Bukan mencemuh ahli-ahli Tabligh ni kerana mereka berani berkunjung ke setiap kampung untuk menyeru umat Muhammad untuk beribadat, tetapi kerana ada kepincangan dalam usaha dan niat mereka tersebut..
Ini saya sendiri mendengar daripada cakap2 orang kampung tersebut yang ahli2 tabligh tersebut datang dan menginap di surau dan secara tidak langsung menambah lagi bil air dan elektrik yang sememangnya dipakai seperti bekalan air tersebut FREE je...saya faham kenapa mereka berkata sedemikian, kerana menurut kata penduduk kampung tersebut, ahli2 Tabligh tersebut menggunakan air dan elektrik dan membazir bekalan air tersebut...
Hal tersebut saya rasa ahli2 Tabligh seharusnya berhati-hati dalam penggunaan bekalan2 yang sedia ada tersebut, kalau tidak, mungkin pada masa akan datang, mereka langsung tidak akan diterima masuk lagi ke kawasan surau2 kampung kerana peel mereka sedemikian...Bukankah BERJIMAT CERMAT ITU AMALAN RASULULLAH?
Lagi satu yang saya perhatikan yang mungkin masyarakat pun perasan mengenai hal ini...
Kebanyakan ahli2 Tabligh adalah dari lingkungan orang2 yang tidak bekerja...memang benar, hampir 30% daripada ahli Tabligh adalah dari golongan yang tidak bekerja, atau perkataan lainnya, MALAS bekerja...kenapa ini berlaku?Sedangkan kita tahu, kita mesti menseimbangkan dunia dan akhirat, maksudnya, BEKERJA dan BERIBADAT..bukannya hanya bertafakur, berwirid dan beribadat tanpa berusaha yakni bekerja....Tapi perkara ini bukan sahaja berlaku pada golongan ahli Tabligh, namun kepada segelintir masyarakat juga...kenapa ini berlaku?
Masyarakat, ahli2 tabligh, bersama-samalah kita renung-renungkan ke dalam diri sendiri, ambil masa untuk Muhasabah diri dan beringat-ingatlah kita sesama umat... 

The Latest Model Handphone..

Semalam aku g E-mart Matang ngan member and hubby aku, jalan2 nak nengok handphone...Sehari sebelum tu pun aku dah g round2 area MJC, kedai2 handphone kat sane, tp tak berkenan lah plak di hati..Dah aku jalan pusing hampir semua kedai hanphone dalam emart tu, aku dok la kat satu kedai handphone nih, aku dok tenung2 handphone2 yang ade kat dalam cermin kaca tu..pastu salesman tu pun layan la aku, cakap dik, nie handphone model baru kua ...sambil tunjukkan handphone model MICXON S188...aku tenok2, tilik2 la handphone tu,...tanpa di tanya, salesman tu kata, die rekemenkan model tu, sebab dapat login FB, Twitter, eBuddy ngan dpt la masuk internet gak...dual sim, ade kamera, pastu function2 dalam tu pun banyak gak, siap ada kompas lagi...eh, berkenan lah pulak rasa di hati...terasa terpikat la ngan handphone tu...warna yang aku pilih tu limited colour, White ngan orange stripe...harga pulak...jeng..jeng...jeng...RM130 je...aku beli ngan memori kad 2GB...tambah lagi RM25...semuanye RM155...dah die punye function dual sim, aku beli la hotlink punye no., ngan top up RM10...fuh...berbelanja betul la aku...ceh...dua tiga hari lepas cakap nak jimat, nak simpan dalam akaun lagi satu, tapi asyik2 tarik punye tarik...kang habis plak, baru padan muka aku...tapi takpe la....at least aku ade gak handphone untuk ganti phone lama aku, Sony Ericson tu...dah beberapa bulan ni aku terseksa je dibuat handphone tu...ye la, handphone dah lama, bateri pun dah tak tahan lama lagi dah...aku terseksa sangat, apalagi kalau time aku ade tour kat luar, kadang2 bateri flat, kadang2 kong habis...mau sakit otak aku ni mengenangkannya...
Sebelum2 ni bukannya aku takde handphone lain...cuma aku dah serik guna handphone yang canggih2, alih2 asyik kena virus...tu lagi pening kepala nak mengeluarkan duit untuk membaikinya...

Monday, January 17, 2011

Kuching City

Kuching, is a City that is very unique, yet a City of romance...With all the history of Rajah Brooke, it is also a city of hidden secret..As we know, Kuching is one of Borneo part, that is described as best-kept secret in the whole world..Nature, culture and everything is here...Do come and visit Kuching City on your holiday, then you will notice the uniqueness of this charming city..
For Malaysians, this city is different from another city, a city with 2 mayor in 1 city, that is divided into Dewan Bandaraya Kuching Selatan and Dewan Bandaraya Kuching Utara.
Some may will think that this city can't behold its peaceful because Sarawak and Kuching have varieties of ethnics here, which makes us wonder how do they live in very peaceful and harmoniously among each other... And some will feel surprised of observing the people here, which sometimes were mistaken as another ethnic as Malay is mistaken as Chinese, Iban is mistaken as Malay and so on...here, you will never know what is their race until you asking themself...

Money...money..money..

MONEY....
is an important needs in our life...well, without money, what we can do?
Without money what we can buy? Without money, what we can have?