Kita sering mendengar, "redhalah pada Qada' dan Qadar Nya"...memang benar, dalam segala apa yang kita lakukan dan usahakan, langkah seterusnya adalah redha pada ketentuan Allah Yang Maha Esa...Tapi pada pemikiran logik, kita memang harus redha kepadaNya setelah BERUSAHA, bukannya hanya berserah sahaja dan duduk menunggu tanpa berusaha apa-apa...Ini sering terjadi pada masyarakat sekarang ni...Bukan nak memalukan atau mengaibkan sesiapa, tapi kita tengok secara menyeluruh...
Terutamanya pada ahli-ahli Tabligh, yang mengamalkan pegangan teguh pada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W., yang selalu kita tengok akan melawati dan menginap di surau-surau kampung2 dan bersama2 mengajak penduduk kampung untuk mengerjakan ibadah solat... Tapi, tidakkah ahli-ahli Tabligh ini sedar bahawa di sebalik niat murni mereka tersebut, ada suara2 di belakang yang mencemuh mereka...Bukan mencemuh ahli-ahli Tabligh ni kerana mereka berani berkunjung ke setiap kampung untuk menyeru umat Muhammad untuk beribadat, tetapi kerana ada kepincangan dalam usaha dan niat mereka tersebut..
Ini saya sendiri mendengar daripada cakap2 orang kampung tersebut yang ahli2 tabligh tersebut datang dan menginap di surau dan secara tidak langsung menambah lagi bil air dan elektrik yang sememangnya dipakai seperti bekalan air tersebut FREE je...saya faham kenapa mereka berkata sedemikian, kerana menurut kata penduduk kampung tersebut, ahli2 Tabligh tersebut menggunakan air dan elektrik dan membazir bekalan air tersebut...
Hal tersebut saya rasa ahli2 Tabligh seharusnya berhati-hati dalam penggunaan bekalan2 yang sedia ada tersebut, kalau tidak, mungkin pada masa akan datang, mereka langsung tidak akan diterima masuk lagi ke kawasan surau2 kampung kerana peel mereka sedemikian...Bukankah BERJIMAT CERMAT ITU AMALAN RASULULLAH?
Lagi satu yang saya perhatikan yang mungkin masyarakat pun perasan mengenai hal ini...
Kebanyakan ahli2 Tabligh adalah dari lingkungan orang2 yang tidak bekerja...memang benar, hampir 30% daripada ahli Tabligh adalah dari golongan yang tidak bekerja, atau perkataan lainnya, MALAS bekerja...kenapa ini berlaku?Sedangkan kita tahu, kita mesti menseimbangkan dunia dan akhirat, maksudnya, BEKERJA dan BERIBADAT..bukannya hanya bertafakur, berwirid dan beribadat tanpa berusaha yakni bekerja....Tapi perkara ini bukan sahaja berlaku pada golongan ahli Tabligh, namun kepada segelintir masyarakat juga...kenapa ini berlaku?
Masyarakat, ahli2 tabligh, bersama-samalah kita renung-renungkan ke dalam diri sendiri, ambil masa untuk Muhasabah diri dan beringat-ingatlah kita sesama umat...

No comments:
Post a Comment