Aku kembali lagi ke bilik sewaku lewat petang semalam...lega ada jugak rasanya...tapi bila dah sampai ke bilik sewa tu, teringat la pulak, ada kerja yang harus aku lakukan malam tu...Aku kena kemaskan bilik sewa yang lagi satu, tempat yang bakal aku dan suami berpindah...(bertukar bilik je sebenarnya..). Tapi tugas tu aku kena buat jugak malam tadi, sebab aura bilik sewa lama tu tak 'ngam' dengan suami aku...ah, entahlah..Dunia ni macam2..
(menyimpang sikit dari topik asal)..

(menyimpang sikit dari topik asal)..

-small;">suami aku tu dah beberapa tahun ni sakit..agak2 dalam 2 3 tahun jugaklah dia menderita sakit dalaman dan luaran tu..Agak lama jugak dia menderita sakit tu, dah puas berubat, kena tahan di hospital pun dah, doktor syak dia kena TB, dah bermacam2 test diorang buat,blood test, TB test, sampaikan HIV test pun ada..tapi keputusannya NEGATIF..baru-baru ni aku bawak dia g jumpa tabib cina, ubat yang tabib tu bagi untuk makan 3hari berturut2-pagi,tengahari,malam..RM63..Tapi dia masih jugak macam tu..Cuma sewaktu aku dan dia bermalam di rumah bos aku selama seminggu, tak pulak dia meragam macam sewaktu dia di bilik sewa, rumah kampungnya dan rumah mak bapak aku-biasanya seram sejuk sampai ke tulang,bergegar tubuhnya tak tertahan lagi..Waktu di rumah bos aku tu, dia ade rasa sejuk2, tapi sejuk yang biasa..Waktu dia hantar aku g kerja, pernah 2kali dia singgah ke bilik sewaku, dia terus rasa seram sejuk serta merta..Terdetik jugak kat dalam benakku,agaknya ada pakaianku atau pakaiannya yang terkena 'calit'(seumpama minyak kerana orang dengki pada kita)..Beberapa tahun sebelum tu, mak aku sakit teruk jugak,sampai tak tertahan nyawanya, panas sentiasa, dalam rumah tak dapat nak bertutup pintu rumah, rimas rasanya,memang tak tentu duduk lah mak aku sepanjang tempoh tu..Kami bawak berubat ke sana ke mari, dengan bomoh,dukun,hospital..beberapa dukun yang kami bawak mak berubat tu cakap ada 'benda' yang ditanam orang depan rumah(manusia dengki)..Dah puas berubat dengan dukun Melayu, kami cuba bawak dia g jumpa dukun Bidayuh, atok sedara mak kat kampung...Dua tiga kali jugak la atok tu(pangkat moyang aku le tu) 'menenung' apa sakit mak aku, pastu baru dia tau..lepas tu dia bagi mandi mak aku...mak aku cakap, waktu dia jirus mak aku tu, mak aku terasa macam ada benda mengalir dari atas kepala terus ke bawah,mungkin ilmu tak elok yang orang letak kat mak aku kot...Sekali tu aje kami bawak mak aku berubat ngan moyang aku tu, lepas tu, mak aku terus sembuh sampai sekarang..Tapi sayangnya, moyang aku tu dah meninggal..Lepas mak aku tu sembuh, aku pulak yang terkena sakit panas seluruh badan..macam cacing kepanasan, kepala berat semacam...Tapi aku cepat2 berubat dengan pakcik yang pandai mengubat orang, dua tiga hari lepas tu, aku sembuh, dan sampai sekarang, Alhamdulillah, kesihatan aku tak le mudah jatuh sakit, dan dalam tempoh beberapa tahun, cuma awal tahun 2011 ni saja aku jatuh sakit teruk, demam panas, pastu sakit tekak yang agak teruk jugaklah...
Pasal suami aku tu, dia ni susah jugak aku nak bawak berubat, sebab dia tak bagitau macam mana sakit dia yang sebenarnya,macam mana naksembuh..Pak Anjang dia sendiri pun pandai mengubat orang jugak, tapi tak lekat kat dia..Bila dah teruk macam ni baru lah suami aku cakap dia akan cakap macam mana rasa sakit dia yang sebenarnya, kalau dia berubat lagi dengan Pak Anjangnya tu..Mak aku ada cakap kat aku dua tiga hari lepas, nak bawak suami aku tu g berubat di kampungnya, ada lagi orang tua yang boleh mengubat macam tu...Aku pun terfikir2 nak bawak hujung minggu ni, harap2 lah kali ini ok..Kalau tak, alamatnya ke hospitallah arah tuju suami aku tu nanti..Kalau dah g hospital, memang sure kena tahan di wad lagi, lepas tu, memang kena bedah lagi..Hmm...aku sebenarnya tak suka lah part2 suami aku kena bedah..Kalau aku sendiri takpe, macam dulu sewaktu melahirkan baby aku tu, aku Caesarean, sebab baby duduk dalam perut, walaupun sebenarnya tempoh untuk melahirkan tu lagi ada dua minggu lagi due date..Tapi aku macam okey je...sebab aku tahu pembedahan Caesarean tu tak le bahaya, lagipun aku half body bius je, dpt aku tengok dan mendengar macam mana doktor2 tu kerjakan perut aku waktu tu..bernafas pun guna oksigen tube...
(sambung lagi cerita bilik sewa aku yang baru..)Malam tadi aku sendiri dan suami aku sendiri kira nyenyak jugak la tidur..Walaupun batuk2 kecil suami aku tu sedikit mengganggu tidurnya, tetapi aku lega kerana dia tak menggigil kesejukan macam selalu, walaupun bilik sewa kami yang baru tu kira sejuk jugaklah kerana tingkap agak besar...
Tapi aku kena tengoklah dalam dua tiga hari ni, kalau dia ok, maknanya tiada kaitan dengan baju yang terkena calit orang, mungkin memang dia sakit dari segi medical..Tapi kalau dia sakit lagi, rasanya memang sahlah ada antara satu baju yang ada terkena..
p/s : bersambung....


